Tuesday 14 March 2017

PENUBUHAN AKADEMI TAHFIZ AL HIDAYAH ( ATAH )

Akademi Tahfiz Al-Hidayah (ATAH) telah ditubuhkan oleh Pn. Roslailawati bt Mohamad pada 20 April 2000 bersamaan 15 Muharram 1421 H bertempat di No. 23, Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur. Ianya telah didaftarkan di bawah syarikat ATAH EDU & SERVICES bagi tujuan memudahkan pengurusan kewangan sekolah. Bermula dengan seramai 60 orang pelajar, ATAH kemudian semakin berkembang dan berpindah ke No.19 Jalan Gurney 3, Kuala Lumpur.

Di awal penubuhannya, ATAH merupakan sebuah organisasi sekolah yang kecil dan serba kekurangan dalam menyediakan kemudahan yang sempurna kepada pelajar-pelajarnya. ATAH dengan menawarkan perkhidmatan pendidikan Tahfiz sahaja. Namun begitu, oleh kerana permintaan terhadap Sistem Pendidikan Islam Bersepadu yang menggabungkan penerapan nilai-nilai Islam dan pendidikan secara formal seperti sekolah-sekolah biasa. Hasilnya, terbitlah nama Sekolah Islam Bersepadu ATAH sebagai pusat pendidikan dan aktiviti remaja.
Berpusat di tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur, pelbagai cubaan dan dugaan dunia perlu dihadapi oleh anak-anak ini. Sehubungan itu, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dalam mendidik hati anak-anak ini untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi ini (Rujuk Lampiran Untuk Gambar Aktiviti). Aktiviti-aktiviti seperti lawatan, kem motivasi, ceramah agama bersama maulana dan bermacam-macam aktiviti lain dilaksanakan demi memastikan anak-anak ini dibekalkan dengan ilmu dan akhlak mulia.
  Sepanjang 17 tahun ditubuhkan, ATAH telah berjaya melahirkan anak-anak yang hafiz dan hafizah dengan pencapaian akademik yang cemerlang dilengkapi dengan akhlak yang mulia.(Rujuk Lampiran). ATAH juga merupakan tempat perlindungan dan pendidikan bagi 70 orang pelajar yang kurang bernasib baik terdiri daripada anak-anak yatim, anak-anak fakir miskin, anak ibu tunggal, anak-anak muallaf, anak-anak istimewa dan pelbagai latar belakang yang kurang bernasib baik. Mereka ini dilindungi dan ditempatkan di bawah PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PENJAGAAN NUR HIDAYAH
            Harapan kami dengan berdirinya Institusi Pendidikan & Kebajikan ini akan mendapat berkat dan hidayah Allah S.W.T yang mengutuskan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini, dengan mendidik, membimbing dan memberi tunjuk ajar yang terbaik kepada masyarakat umum untuk menjadikan mereka insan yang kaamil dari segi ilmu pengetahuan yang dimiliki dan mengamalkan segala ilmu yang diajarkan agar mereka ini menjadi hamba Allah S.W.T yang sejati.  
            Semoga segala usaha yang kami jalankan ini dapat menjadikan ianya satu sumbangan yang ikhlas kepada generasi umat Islam rabbani yang muttaqin untuk menjadi pewaris serta penyambung mata rantai-rantai perjuangan Rasulullah s.a.w dalam membangunkan agama Islam dan menjadi pewaris perjuanagn kami di muka bumi Allah ini.
Firman Allah, “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, dan mencegah kepada perbuatan makruf dan mencegah perbuatan mungkar.” 
Semoga usaha ini diberkati oleh Allah.

INTELEK MUTTAQIN PENCETUS GENERASI MADANI

1 comment:

  1. Spin Casino Site & Review | Lucky Club
    With a huge range of online casino games, the Spin Casino has an easy setup. The site provides you with a great casino game,  Rating: 2.7 · ‎Review by Lucky luckyclub Club

    ReplyDelete